Minyak kelapa dara penawar kepada psoriasis dan eczima

Respons: 0 comments

Minyak kelapa dara BioVCO boleh digunakan sebagai pelembab untuk rawatan yang selamat dan berkesan untuk masalah ekzima dan psoriasis. Minyak kelapa dara BioVCO, kaya vitamin semulajadi, Telah digunakan untuk melembabkan kulit selama berabad-abad. Namun, manfaat sebenarnya dari minyak kelapa dara BioVCO adalah kerana sifat anti-septik dan anti-inflamasi (Marina 2008). Ekzima dan psoriasis biasanya menunjukkan masalah keradangan pada kulit, sifat anti-inflamasi minyak kelapa dara BioVCO boleh membantu untuk merawat. Fakta dan kajian menunjukkan minyak kelapa dara BioVCO tidak memiliki kesan sampingan terhadap kulit. Minyak kelapa dara BioVCO berkesan dan boleh disapukan terus pada kulit.

Bahan aktif dalam minyak kelapa dara BioVCO ialah asid lemak rantaian sederhana (MCFA). Asid lemak ini akan menembusi kulit kepada rangkaian ikatan di mana ia akan mengurangkan inflamasi. MCFA yang ditemui terkandung dalam minyak kelapa dara BioVCO juga mampu meningkatkan aliran darah ke kulit dengan meningkatkan fungsi pembuluh darah. MCFA juga mampu menghancurkan radikal bebas, yang merupakan sebatian yang menyebabkan keradangan kulit. Namun, minyak kelapa dara BioVCO yang disapukan pada kulit akan menyebabkan bakteria pada kulit bertindak balas dengan MCFA dan mengubah mereka menjadi asid lemak bebas. Asid lemak bebas ini dapat mengurangkan keradangan kronik, yang menyebabkan ekzima dan psoriasis. Biasanya ia akan menunjukkan tindakbalas antara beberapa hari hingga beberapa bulan sebelum kesan anti-inflamasi minyak kelapa pada ekzima dan psoriasis dapat dilihat.

No comments:

Post a Comment

Copyright © A Life with Psoriasis

Sponsored By: GratisDesigned By: Habib Blog